Kos input pertanian naik, kerajaan teliti langkah bantu petani

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 11:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kos input pertanian naik, kerajaan teliti langkah bantu petani

PETALING JAYA – Kerajaan sedang meneliti langkah menangani kenaikan kos input pertanian termasuk baja dan racun perosak bagi mengurangkan beban petani serta memastikan kelangsungan sektor itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, isu berkenaan diberi perhatian dalam mesyuarat pra-majlis bersama pasukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai persediaan menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, peningkatan kos pengeluaran memberi kesan langsung kepada pendapatan petani dan keupayaan mereka meneruskan aktiviti pertanian.

“Perbincangan memberi tumpuan kepada langkah kerajaan menangani peningkatan kos input, termasuk pengecualian cukai jualan, pemantauan harga dan bekalan serta penggunaan input pertanian secara lebih cekap,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, setiap dasar dan langkah yang dilaksanakan perlu mengambil kira cabaran sebenar yang dihadapi petani di lapangan.

Ini kerana katanya, usaha itu penting bagi memastikan sektor pertanian terus berdaya maju, selain menjamin keterjaminan bekalan makanan negara. – KOSMO! ONLINE

The post Kos input pertanian naik, kerajaan teliti langkah bantu petani appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved