RM6.92 bilion perkukuh rantaian makanan negara

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2026 • 5:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RM6.92 bilion perkukuh rantaian makanan negara

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan RM6.92 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh rantaian bekalan makanan, daripada pengeluaran di sawah dan laut hingga ke pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tumpuan kerajaan adalah memastikan setiap peruntukan memberi manfaat kepada pesawah, nelayan, usahawan tani dan pengguna.

“Petani dan nelayan perlu terus dibela, usahawan diberi ruang berkembang, dan keluarga mendapat akses kepada makanan yang mencukupi serta berpatutan,” katanya di media sosial.

Tambahnya lagi, daripada jumlah itu, RM4.85 bilion diperuntukkan bagi belanja pengurusan, manakala RM2.07 bilion untuk pembangunan.

“Antara inisiatif utama ialah peruntukan RM2.62 bilion bagi subsidi dan insentif pesawah, RM1 bilion untuk meningkatkan hasil pertanian menerusi teknologi serta bantuan kepada industri perikanan.

“Kerajaan turut menyediakan RM300 juta bagi memperkukuh kerjasama Persekutuan dan negeri menerusi Program Pemeriksaan Agromakanan Negara (PPAN),” ujarnya.

Mohamad berkata, usaha bersepadu itu penting bagi memastikan rantaian makanan negara terus kukuh, sekali gus menjamin bekalan mencukupi dan harga berpatutan kepada rakyat.- KOSMO! ONLINE

The post RM6.92 bilion perkukuh rantaian makanan negara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved