Kos Menggantikan Skrin iPhone Duo Lebih Mahal Daripada Sebuah iPhone 17 dan MacBook Neo

TechnologyDigital
19 Oct 2026 • 9:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kos Menggantikan Skrin iPhone Duo Lebih Mahal Daripada Sebuah iPhone 17 dan MacBook Neo

Dengan pratempahan iPhone Duo dibuka pada Jumaat lalu, saya pasti ramai peminat tegar telahpun melakukan pembayaran untuk memiliki telefon lipat pertama Apple. Serentak dengan tempahan yang dibuka, Apple turut telah menyenaraikan kos untuk mengganti beberapa komponen utama telefon ini dan kos menggantikan skrin lipat di bahagian dalam adalah lebih tinggi berbanding sebuah iPhone 17.

Image from: Kos Menggantikan Skrin iPhone Duo Lebih Mahal Daripada Sebuah iPhone 17 dan MacBook Neo

Apple mengenakan bayaran RM 4,749 untuk menggantikan skrin dalaman dan RM 1,799 untuk skrin luar. Kos untuk skrin dalaman adalah lebih mahal berbanding iPhone 17 (256GB) yang dijual pada harga RM 4,299 dan MacBook Neo (512GB) yang dijual pada harga RM 3,399.

Sebagai perbandingan kos gantian skrin lipat beberapa model Galaxy Z Fold di Malaysia juga lebih rendah. Samsung sekadar menyenaraikan harga gantian sehingga Z Fold6 sahaja dengan ia mencecah RM 2329. Skrin iPhone Duo adalah lebih dua kali ganda lebih mahal. Teknologi baharu yang digunakan pada iPhone Duo menyebabkan kos menggantikan kerosakan lebih tinggi.

Image from: Kos Menggantikan Skrin iPhone Duo Lebih Mahal Daripada Sebuah iPhone 17 dan MacBook Neo

Bagi mereka yang risau terpaksa menanggung kos gantian yang tinggi, Apple Care+ ditawarkan pada harga RM 1,499 dengan gantian tanpa henti sekiranya kerosakan berlaku disebabkan kemalangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved