Tempoh Menanti Untuk Apple iPhone Duo Kini Sehingga Penghujung Januari 2027

TechnologyDigital
19 Oct 2026 • 8:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tempoh Menanti Untuk Apple iPhone Duo Kini Sehingga Penghujung Januari 2027

Jika anda tidak sempat melakukan pratemapahan untuk membeli iPhone Duo minggu lalu, anda bernasib malang kerana tempoh menanti untuk telefon lipat pertama Apple ini kini adalah amat lama. Dalam pengamatan kami semalam, jika tempahan dilakukan hari ini peranti hanya akan tiba ke tangan pembeli pada 27 Januari 2027. Penantian lebih tiga bulan ini adalah untuk kesemua model tanpa mengira saiz storan yang dipilih.

Image from: Tempoh Menanti Untuk Apple iPhone Duo Kini Sehingga Penghujung Januari 2027

Ini adalah waktu menanti untuk model iPhone baharu yang paling panjang pernah kami lihat sejak Apple mula menawarkan jualan menerusi laman web mereka di Malaysia. Penantian paling lama sebelum ini ialah pada siri iPhone 18 Pro yang mencecah hampir 4 minggu di waktu awal ia dilancarkan beberapa minggu lalu. Jika iPhone 18 Pro Max ditempah hari ini, ia akan tiba ke tangan pembeli antara 4-12 November 2026.

Jelas wujud permintaan tinggi untuk telefon lipat pertama Cupertino. Ini mungkin menjawab persoalan mengapa pengeluaran siri iPhone 18 Pro dilaporkan dikurangkan. Peminat Apple paling tegar mungkin memilih membeli iPhone Duo dan bukannya siri iPhone 18 Pro tahun ini. Adakah anda antara insan yang sudah melakukan pratempahan untuk iPhone Duo di Malaysia? Bila telefon anda akan tiba ke dalam tangan?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved