Kos pengeluaran minyak sawit mentah Ta Ann diunjur susut kepada RM2,100 bagi setiap tan pada FY23 - RHB Investment

Business & Finance
3 Jul 2023 • 11:48 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kos pengeluaran minyak sawit mentah Ta Ann diunjur susut kepada RM2,100 bagi setiap tan pada FY23 - RHB Investment

azan

03/07/2023 - 11:48

KUALA LUMPUR 3 Julai - Kos pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Ta Ann Holdings Berhad bagi FY23 diunjur menyusut kepada RM2,100 bagi setiap tan berbanding RM2,460 bagi satu tan pada separuh pertama tahun ini disokong pengeluaran lebih tinggi pada separuh kedua.

RHB Investment berkata, pembelian baja pada separuh pertama tahun ini mencatatkan penurunan harga sebanyak 17% dan menjangkakan harga baja stabil hingga akhir tahun ini.

Katanya, sehingga kini, kumpulan itu telah menggunakan 30% daripada keperluan bajanya bagi tahun ini.

"Secara konservatif, kami mengekalkan unjuran kos pengeluaran MSM adalah antara RM2,600 hingga RM2,800 bagi setiap tan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma itu berkata, kumpulan itu mencatatkan penurunan purata harga jualan (ASP) bagi sektor kayu dan papan lapis yang berada pada paras AS$250 hingga AS$260 bagi setiap kubik meter pada separuh pertama tahun ini.

Katanya, ASP papan lapin melemah kepada AS$550 pada April-Mei berbanding US$649 selepas pesaingnya memotong harga bagi mengurnagkan inventori mereka selain Yen Jepun yang lemah.

"Walaupun pengeluaran kayu kumpulan itu menyusut sebanyak 11%, pengurusan mengunjurkan pengeluaran bagi FY23 pada paras 15% dengan mereka menjangkakan pengeluaran meningkat pada suku akan datang apabila cuaca bertambah baik.

"Kami mengekalkan ASP kayu bagi FY23 pada AS$270 dan pertumbuhan jumlah pada 11.6% tetapi mengurangkan unjuran ASP papan lapis dan kos per kubik meter kepada AS$580 (daripada AS$685) dan AS$500 (daripada AS$580) agar lebih sejajar dengan tahap semasa," katanya.

Firma itu kekal dengan saranan 'neutral' dengan harga sasaran RM2.95 sesaham. - DagangNews.com