Harga minyak meningkat susulan pengurangan pengeluaran OPEC+ rakan kongsi

Business & Finance
6 Jun 2023 • 4:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Harga niaga hadapan minyak mentah mencatatkan pertumbuhan sederhana pada Isnin apabila anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan kongsinya mengumumkan langkah baharu pengurangan pengeluaran, lapor Xinhua.

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Julai meningkat 0.41 dolar AS, atau 0.57 peratus, untuk ditutup pada 72.15 dolar setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos meningkat 0.58 dolar atau 0.76 peratus untuk ditutup pada 76.71 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.W

Pada Ahad, OPEC dan rakan kongsinya mengumumkan pengurangan pengeluaran sepanjang 2024 dengan 1.393 juta tong minyak mentah dikurangkan setiap hari.

Sembilan anggota OPEC+, diketuai oleh Rusia dan Arab Saudi, juga akan melanjutkan pengurangan pengeluaran sukarela sedia ada pada 2024.

Selain itu, Arab Saudi mengumumkan satu lagi rancangan sukarelanya untuk mengurangkan bekalan minyak sebanyak 1 juta tong sehari pada bulan Julai.

Pasaran minyak melonjak apabila OPEC+ memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran,, namun peniaga memanfaatkan kenaikan harga itu untuk membuat sedikit keuntungan, menurut Vladimir Zernov, penganalisis dengan pembekal maklumat pasaran FX Empire. - Bernama