Kos Penjagaan Lebih RM50,000, Iqbal Zulkefli Reda Kucing Kesayangan Mati - “Ini Kehilangan Besar Setelah Kehilangan Ibu Saya”

21 May 2025 • 10:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan usahawan, Iqbal Zulkefli meluahkan rasa sedih apabila kucing kesayangannya yang bernama Pablo mati akibat virus Parvo.

 

 

 


Virus Parvo


Iqbal menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya  memaklumkan keadaan Pablo sudah nazak ketika bertemu doktor.

“Kucing saya telah tiada. 5 tahun, tidak pernah sekali saya tinggalkan Pablo, kali ini mati di bawah pusat jagaan akibat virus Parvo. 

“Awalnya ia murung disangkakan berpunca dari kakinya yang retak di sana. Sudah terlambat, Pablo dihantar dalam keadaan nazak ke doktor.

“Saya jadi serba salah kerana pusat jagaan sudah jaga yang sehabis baik yang mereka mampu. Rasa bersalah saya yang tinggalkan agak lama kali ini ternyata kucing mainecoon ini tidak boleh menjauh dengan saya,” jelasnya.
 

Kos penjagaannya yang mencecah RM50,000.

Dalam pada itu, Iqbal juga mengatakan dia sudah menyediakan kemudahan terbaik bagi keselesaan Pablo sepanjang hayatnya.

Perkara itu termasuklah dengan kos penjagaannya yang mencecah RM50,000.

“Sekarang tinggal Buya. Saya sediakan istana besar yang lengkap dengan penyaman udara dan enam jenis vitamin setiap hari. 

“Makanan yang paling berkualiti dan daging organik. Saya besarkan ia sehingga punya berat 18 kilogram.

“Jujur, bukan hanya Pablo yang saya beli dengan harga RM18,000 namun penjagaannya sudah lebih RM50,000 saya perjuangkan.

“Namun, bukan ini saya kisahkan tetapi hati saya, yang sedang memujuk untuk reda. Doakan saya. Kehilangan ini kehilangan besar setelah kehilangan ibu saya,” jelasnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Iqbal:

View Original Article