Kos perang Iran melonjak melebihi RM191 bilion – Pentagon

WorldPolitics
28 Oct 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kos perang Iran melonjak melebihi RM191 bilion – Pentagon

WASHINGTON: Perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dalam peperangan di Iran dilapor  melonjak melebihi AS$47 bilion (RM191.9 bilion), iaitu peningkatan lebih 25 peratus berbanding anggaran asal Jabatan Pertahanan AS pada Julai lalu.

Dapatan data dalaman Pentagon yang diperoleh media antarabangsa itu didedahkan ketika Parti Republikan berdepan krisis sokongan politik berikutan tentangan awam terhadap konflik berkenaan menjelang Pilihan Raya Pertengahan Penggal AS pada 3 November ini.

Menurut Reuters, peningkatan kos tenaga global berpunca daripada krisis peperangan berkenaan turut menjejaskan kadar sokongan pengundi terhadap calon-calon Parti Republikan serta populariti Presiden, Donald Trump yang kini memegang majoriti tipis di Kongres.

Mengikut pecahan anggaran terbaharu Pentagon, kos operasi ketenteraan merangkumi Unjuran Perbelanjaan melebihi AS$29 bilion (RM118.4 bilion) khusus bagi menggantikan bekalan peluru dan senjata yang telah digunakan sepanjang pertempuran.

Selain itu, lebih AS$6 billion (RM24.5 billion) lagi diperlukan bagi perolehan ganti aset ketenteraan serta penggantian pesawat yang musnah, terutamanya dron tempur yang terhempas sepanjang tempoh operasi.

Trump terdahulu melancarkan siri serangan ke atas Iran bersama Israel pada Februari lalu dengan andaian awal konflik ketenteraan berkenaan hanya akan berlarutan bagi tempoh yang singkat.

Strategi awal AS yang bergantung kepada peluru berpandu berketepatan tinggi berharga mahal gagal mencapai objektif sepenuhnya selepas gencatan senjata pada April memberi ruang kepada Iran untuk mengaktifkan semula kubu simpanan bawah tanah serta sistem pertahanan udara mereka.

Pentadbiran Trump kini mengenakan sekatan laut ke atas Iran bagi melumpuhkan pendapatan eksport minyak negara berkenaan.

Pegawai tentera AS mendedahkan Pentagon sedang merangka pelan untuk melancarkan semula serangan berskala besar selepas pilihan raya.

Laporan kewangan baharu ini bagaimanapun masih belum mengambil kira kos pembaikan berskala besar bagi kerosakan pangkalan ketenteraan AS di rantau berkenaan yang terjejas akibat serangan peluru berpandu dan dron balasan daripada pihak Iran.

The post Kos perang Iran melonjak melebihi RM191 bilion – Pentagon appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved