Kos perang Iran RM178 bilion – Pentagon

WorldPolitics
20 Sep 2026 • 10:52 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kos perang Iran RM178 bilion – Pentagon

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) atau lebih dikenali sebagai Pentagon memaklumkan kepada Jawatankuasa Pertahanan Kongres AS bahawa operasi ketenteraan terhadap Iran menelan kos kira-kira AS$43.6 bilion (RM178 bilion) sehingga 3 September, menurut laporan media pada Jumaat.

Memetik penilaian baharu daripada Markas Pusat AS (CENTCOM) yang diteliti pegawai Kongres, laporan itu menyatakan angka berkenaan meningkat dengan ketara berbanding anggaran awam Pentagon sebelum ini sebanyak AS$37.5 bilion (RM153 bilion).

Menurut penilaian CENTCOM, jumlah itu merangkumi AS$11.2 bilion (RM46 bilion) kos operasi tambahan yang sudah diperuntukkan Pentagon.

Ia melibatkan  anggaran AS$28.1 billion (RM115 bilion) untuk menggantikan peluru dan amunisi yang digunakan bagi menggantikan peralatan ketenteraan yang musnah atau hilang dalam perang Iran.

Kos itu turut meliputi AS$4.3 bilion (RM17.5 bilion) untuk  menggantikan peralatan ketenteraan yang musnah atau hilang dalam operasi perang itu.

Anggaran kos baharu itu dikeluarkan ketika persoalan turut timbul mengenai kesan konflik berkenaan terhadap nyawa manusia. 

Seramai 19 anggota tentera AS terbunuh dan lebih 750 lagi cedera sejak AS serta Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari, menurut Pentagon.

Bagaimanapun, The Washington Post melaporkan pada Jumaat bahawa jumlah sebenar kematian anggota tentera AS mungkin lebih tinggi, memetik enam pegawai yang mengetahui angka berkenaan.

Lima daripada pegawai itu berkata, sekurang-kurangnya 22 anggota tentera AS terbunuh, menurut laporan itu. 

Pegawai keenam, yang seperti pegawai lain bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, menyatakan jumlah kematian mencapai 23 orang sejak 28 Februari, lapor The Washington Post. – AGENSI

 

The post Kos perang Iran RM178 bilion – Pentagon appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved