Kos Ubat Naik 40 Peratus, Peranti Hospital Cecah 100 Peratus Akibat Konflik Asia Barat

10 Apr 2026 • 6:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kos Ubat Naik 40 Peratus, Peranti Hospital Cecah 100 Peratus Akibat Konflik Asia Barat

Kos ubat-ubatan di Malaysia dilaporkan meningkat antara 30 hingga 40 peratus berikutan gangguan rantaian bekalan global yang berpunca daripada konflik di Asia Barat, lapor Astro Awani.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa kenaikan tersebut didorong oleh peningkatan kos logistik, pengangkutan serta harga minyak, yang turut memberi kesan langsung kepada industri farmaseutikal.

image is not available

“Peranti perubatan di hospital turut mencatatkan peningkatan kos yang lebih ketara sehingga 50 atau 100 peratus kerana pembekal sejak Mac lagi sudah enggan menghantar bekalan

"Mereka put on hold, itu membuatkan sesetengah harga peranti melambung. Kementerian Kesihatan akan melakukan sehabis baik untuk menyerap kenaikan kos ini supaya khidmat rawatan yang mampan dapat terus dinikmati rakyat

"Kami mempertimbangkan mekanisme surcharge dan cost pass-through bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Pendengaran Sedunia, hari ini.

Bekalan ubat-ubatan negara dijangka mencukupi sehingga Jun

Beliau turut berkata, pelan mitigasi jangka pendek, sederhana dan panjang sedang dirangka bagi mengurangkan kesan terhadap industri farmaseutikal susulan konflik di rantau Asia Barat.

"Setakat ini sektor kesihatan negara belum ada yang menanggung kesan secara signifikan daripada pergolakan di Asia Barat

"Bagaimanapun pemantauan akan terus dibuat bersama langkah yang lebih ketat, kami tidak mahu berasa selesa kerana negara perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan," ujar beliau.

Tambahnya, bekalan ubat-ubatan di negara ini masih mencukupi sehingga Jun dan keadaan semasa berada dalam keadaan terkawal tanpa menimbulkan keperluan untuk mencetuskan sebarang panik dalam kalangan orang awam.

image is not available

“Negara mempunyai stok simpanan ubat-ubatan tersendiri sebagai persediaan, Kementerian Kesihatan turut menjalankan perkongsian data dengan pemain industri bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi

"Insya-Allah tidak akan ada yang ketandusan bekalan ubat-ubatan, kerajaan memberikan penekanan kepada essential drugs seperti insulin, vaksin dan lain-lain

"Perlu diingat, jangan ada sesiapa yang menyimpan stok ubat-ubatan secara berlebihan kerana ia merupakan tanggungjawab nasional," tegas Dzulkefly lagi.

Baca juga: