Kosong-Kosong Dengan Doublemint Untuk Nafas Segar Selepas Menjamu Selera

LocalSales & Promo
20 Mar 2025 • 4:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Masalah mulut berbau ketika berpuasa adalah masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh ramai orang. Penyebab kepada masalah ini ialah kerana pembiakan bakteria di dalam mulut, lebih-lebih lagi jika mulut tidak dibersihkan dengan baik selepas bersahur.

Satu lagi penyebab mulut berbau ialah kekeringan air liur memandangkan kita tidak boleh makan dan minum sepanjang tempoh berpuasa.

image is not available

Ada beberapa cara untuk mengelakkan masalah mulut berbau yang boleh dipraktikan seperti memberus gigi dengan teknik yang betul iaitu berus dari atas ke bawah, bukannya ke kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Berus gigi selepas bersahur dan berbuka serta sebelum tidur malam.

Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah bagi menghilangkan bau mulut selepas berbuka puasa. Terutamanya jika anda berbuka puasa di luar rumah bersama teman-teman atau rakan sekerja yang lain. 

Sempena musim perayaaan kali ini, jenama gula-gula getah pilihan rakyat Malaysia Doublemint, tampil dengan kempen ‘Kosong-Kosong Dengan Doublemint’ bagi membawa semula kesegaran ke jalanan.

Sebelum ini, Doublemint telah meraikan kemeriahan budaya makanan jalanan di Malaysia, dengan menyatukan cita rasa tempatan dan kesegaran pengalaman pudina Doublemint di bazar-bazar utama dan pasar malam yang menawarkan pelbagai juadah menyelerakan. 

Kali ini, ‘Kosong-Kosong Dengan Doublemint’ ingin membawa pengalaman ini ke tahap yang lebih tinggi, meletakkannya di tengah-tengah komuniti, daripada bazar Ramadan yang penuh sesak hinggalah ke majlis sambutan Raya yang meriah. 

Ketika orang ramai saling menziarahi mereka yang tersayang, berkongsi juadah dan mengeratkan silaturahim, Doublemint mahu memastikan ia sentiasa dalam jangkauan, menjadi teman sempurna untuk nafas segar selepas menjamu selera.   

image is not available

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk menyebar luas kempen yang satu ini. Jika ternampak warna hijau menarik di jalanan, itulah pasukan Doublemint yang sedang menyebarkan kesegaran. 

Pengunjung bazar dan mereka yang sedang berulang-alik berpeluang menikmati kesegaran ini apabila pasukan Doublemint menerjah kesesakan bazar Ramadan, kawasan rehat dan stesen LRT untuk mengagihkan pek gula-gula getah Doublemint secara percuma. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menikmati kesegaran sempurna selepas berbuka puasa. 

Pastikan anda terus mengikuti laman Instagram jenama itu untuk mengetahui tempat persinggahan terkini pasukan Doublemint. 

Kerjasama Dengan HALO Doughnuts

Selain itu, Doublemint juga bekerjasama dengan jenama kegemaran tempatan HALO Doughnuts, pakar dalam mengangkat snek jalanan biasa dan disukai ramai seperti donat menjadi hidangan premium dengan ramuan bahannya yang unik dan berkualiti tinggi. 

Sempena musim perayaan ini, HALO Doughnuts menawarkan pilihan eksklusif yang menampilkan sentuhan kesegaran menerusi donut Pillough istimewanya yang berintikan serikaya lemon-pudina. 

image is not available

Donut ini terkenal dengan teksturnya yang ringan, gebu dan lembut, membawakan kesegaran yang sama seperti yang dibawa oleh Doublemint selepas setiap hidangan. Ia menjadi juadah sempurna untuk dikongsi bersama, menyegarkan ikatan dan mengeratkan hubungan selepas berbuka puasa.   

Dapatkan donat eksklusif ini hanya di kedai HALO Doughnuts di Gasket Alley, Petaling Jaya bermula dari 13 Mac sehinggalah penghujung Ramadan. - Getaran, 20 Mac 2025