Lidah punca utama mulut berbau? Doktor gigi beri penjelasan

Health & Fitness
11 Mar 2025 • 3:35 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Mulut berbau meresahkan sesiapa sahaja lebih-lebih lagi apabila perlu berjumpa dengan seseorang. Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengatasinya, ramai yang hairan masalah itu berulang lagi.

Ada yang mengaitkan masalah ini dengan faktor kesihatan, pemakanan, gigi berlubang, dan bermacam-macam lagi.

Tetapi, menurut doktor gigi, Dr Abdullah, lidah merupakan punca utama kepada masalah mulut berbau.

“Mulut berbau adalah disebabkan lidah, lidah yang terlalu kering. Jadi pengurangan air liur pun kurang menyebabkan lidah berbau.

“Lidah berbau disebabkan kita jarang berus lidah,” katanya.

Jelasnya, ramai yang terlupa untuk memberus lidah sedangkan lidah juga merupakan bahagian dalam mulut.

“Kita gosok gigi, tapi kita tak gosok lidah, gusi, macam mana nak bersih dan ke mana makanan tu pergi kalau kita tak bersihkan?

“Itulah salah satu punca kenapa mulut kita berbau sangat masa bulan puasa,” katanya.

Katanya lagi, mulut berbau semasa bulan puasa adalah normal, namun jika menjaga dengan bersih tidak akan mengundang masalah.