
Jenama teknologi global KOSPET kini rasmi melancarkan dua jam tangan pintar terbaharu mereka; TANK T4 dan TANK M4 yang direka khas untuk mereka yang gemar cabaran dan gaya hidup aktif. Dua model ini bukan sekadar jam tangan biasa, tapi teman harian untuk mereka yang sentiasa melangkaui batas.
Kedua-dua model tampil dengan reka bentuk pemenang anugerah (MUSE Design Award 2025 & London Design Award) serta diperakui piawaian tentera MIL-STD-810H dan rintangan air 10ATM/IP69K, menjadikannya antara jam tangan paling tahan lasak di pasaran.
Di bawah tema “Trust Anchored, Horizons Ignited”, TANK T4 turut diketuai oleh atlet Olimpik, Cole Hocker, yang melambangkan semangat ketahanan dan keazaman, sama seperti DNA siri TANK itu sendiri.
Menurut Johnathan Zheng, Pengarah Pemasaran KOSPET, “TANK T4 dan M4 dibina untuk mereka yang berani dan aktif, sama ada di dasar laut, di puncak gunung, atau di gim. Ia bukan sekadar jam tangan pintar, tapi teman dalam setiap cabaran.”
Ketahanan Bateri & Prestasi Mantap
Kedua-dua model dilengkapi bateri kobalt tulen 500mAh dengan jangka hayat sehingga 15 hari bagi penggunaan biasa dan 22 jam dalam mod GPS berterusan. Paparan AMOLED dilindungi Corning® Gorilla® Glass, dengan kecerahan puncak 1000 nits dan boleh digunakan walaupun jari basah, sesuai untuk aktiviti ekstrem.
Navigasi Tepat & Teknologi GNSS Dwi-Jalur
TANK T4 dan M4 menyokong GNSS dwi-jalur dengan enam sistem satelit global serta navigasi peta luar talian (GPX/KML). Ia memberikan ketepatan lokasi yang tinggi, walaupun tanpa sambungan internet.

Mod Selam Profesional
Untuk peminat aktiviti air, jam ini dilengkapi mod selam khusus yang boleh menjejak kedalaman, suhu air, masa tanpa penyahmampatan (NDL) dan kelajuan menyelam, menyokong selaman sehingga 45 meter.
Ciri Kecergasan & Kesihatan Lengkap
Dengan lebih 160 mod senaman dan 23 mod sukan profesional melalui sistem ApexMotion, pengguna boleh mengakses data kecergasan masa nyata. Jam ini juga memantau kadar denyutan jantung, oksigen darah, tekanan, tidur dan mood menggunakan sensor biometrik VC9213 4PD.
Tambahan pula, ciri pintar seperti panggilan Bluetooth, notifikasi aplikasi, dan taklimat pagi menjadikan pengalaman pengguna lebih mudah dan lengkap.
Kini Dijual di Malaysia
KOSPET TANK T4 dan TANK M4 kini boleh didapati di Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi KOSPET, serta peruncit sah di seluruh negara dengan harga RM699. Pakej awal turut disertakan dengan hadiah eksklusif, yang akan diumumkan melalui media sosial rasmi KOSPET.
The post KOSPET Lancar Jam Tangan Pintar TANK T4 & TANK M4, Lasak, Bergaya dan Kini Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.




