
BANDARAYA pada hari ini adalah hasil usaha kolektif penduduknya yang perlu dikekalkan dan dibangunkan, kata Datuk Seri Dr Sabin Samitah.
Beliau berkata, Kota Kinabalu telah melalui pelbagai fasa pembangunan pesat dan membanggakan sejak mendapat status bandaraya pada 2 Februari 2000.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dalam tempoh 25 tahun ini, kita telah menyaksikan pelbagai perubahan dan pencapaian, daripada sebuah Majlis Perbandaran berkembang menjadi sebuah bandaraya.
“Hari ini, kita bukan sahaja meraikan kejayaan Kota Kinabalu, tetapi juga memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam memastikan bandaraya ini terus berkembang.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kejayaan bandaraya ini adalah kejayaan bersama,” katanya.
Turut hadir ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, dan Toh Puan Faridah Tussin.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sabin berkata, DBKK komited untuk merealisasikan pembangunan yang lebih lestari bagi menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar pintar, moden, dan berdaya saing di peringkat global.
“Pelbagai usaha yang dilaksanakan telah memberi impak positif terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Antaranya ialah projek pembersihan laut dan sungai berskala besar, memperindah landskap serta taman awam, meningkatkan penyampaian perkhidmatan melalui transformasi digital, memperkasakan sumber manusia dan logistik DBKK, meningkatkan tahap kebersihan menerusi penguatkuasaan undang-undang, perancangan pembangunan yang lebih teratur, serta pelbagai pelan lain yang boleh meningkatkan kualiti hidup penduduk Kota Kinabalu.
“DBKK juga giat melaksanakan program bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar, termasuk kempen penanaman pokok, pengurangan penggunaan beg plastik, dan amalan kitar semula.
“Dari segi pembangunan sektor pelancongan dan budaya, DBKK telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memelihara warisan sejarah, menganjurkan festival kebudayaan, serta mempromosikan produk tempatan bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.
“Semua langkah ini bukan sahaja membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi bandar, malah memperkukuhkan identiti Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar yang progresif, mampan, dan menarik untuk dikunjungi serta didiami,” katanya.
Sabin berkata DBKK juga memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif bandar pintar dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan bandar serta penyampaian perkhidmatan.



