Kota MADANI bakal dibangunkan di Putrajaya, tekankan kemudahan asas menyeluruh demi rakyat

LocalArchitecture
3 Jun 2025 • 7:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kota MADANI yang dirangka dengan integrasi teknologi kecerdasan buatan, infrastruktur digital cekap, serta sistem mobiliti hijau, bakal dibangunkan di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, konsep pembangunan Kota MADANI Putrajaya telah dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Kota MADANI

image is not available

image is not available

“Pembangunan ini merupakan satu pelaburan strategik jangka panjang dalam merangka masa depan Putrajaya sebagai sebuah bandar contoh, yang mendukung nilai-nilai Madani dan selari dengan visi Bandar Chase.

“Dengan keluasan 102 ekar, Kota Madani bakal menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman untuk lebih 30,000 penduduk dan dibina secara vertikal berintensiti tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep Kota MADANI menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat.

Anwar berkata sewaktu pembentangan konsep itu hari ini, beliau dimaklumkan bahawa antara kemudahan yang dirancang ialah sekolah menegak, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta institusi kewangan.

Kota MADANI

image is not available

image is not available

“Selain itu, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

“Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata selain itu, reka bentuk masjid dan sekolah akan menampilkan unsur budaya tempatan sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina serta warisan.

“Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama,” kata beliau.

image is not available

Sumber: Bernama