Kota Madani tekankan kemudahan asas menyeluruh demi rakyat - PM

LocalPolitics
3 Jun 2025 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep Kota Madani menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat.

Anwar berkata sewaktu pembentangan konsep itu pada Selasa, beliau dimaklumkan bahawa antara kemudahan yang dirancang ialah sekolah menegak, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta institusi kewangan.

"Selain itu, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

”Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata selain itu, reka bentuk masjid dan sekolah akan menampilkan unsur budaya tempatan sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina serta warisan.

"Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama,” kata beliau. - Bernama

TAG: Kota MADANI, Anwar Ibrahim, kediaman, sekolah, TVET

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved