Kota Tinggi mula dilanda banjir, 8 PPS dibuka

LocalEnvironment
10 Jan 2025 • 10:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan banjir di sekitar Taman Aman Kota Tinggi. Foto tular

image is not available
Keadaan banjir di sekitar Taman Aman Kota Tinggi. Foto tular

image is not available
PPS Sekolah Kebangsaan Laksamana yang dibuka pada malam Jumaat bagi menampatkan manga banjir di Kota Tinggi. Foto APM

KOTA TINGGI - Hujan lebat sejak pagi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada jam 8 malam.

**media[2962515]**

Jelasnya, seramai 355 mangsa daripada 124 keluarga kini berlindung di empat PPS iaitu Sekolah Rendah Arab Bersatu (SRAB), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, Sekolah Kebangsaan Laksamana dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas.

Sementara jumlah mangsa banjir di empat lagi PPS sedang dikemas kini membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Penawar 1, Dewan Kampung Makam, Dewan Kota Kechil dan SK Teluk Ramunia.

**media[2962514]**

Ketika ini pasukan penyelamat sedang giat memindahkan sebilangan mangsa yang kediaman mereka dinaiki air ke PPS berdekatan.

Dalam pada itu, Sungai Sedili Kecil di daerah ini mencatatkan bacaan 2.63 meter melepasi paras bahaya 2.60 meter.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di seluruh negeri Johor membabitkan semua 10 daerah, sejak pagi Jumaat.