Jalan Bertukar Jadi ‘Laut’, Mekah Dilanda Banjir

7 Jan 2025 • 12:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kota suci Mekah dilanda cuaca ekstrem, menyebabkan sebilangan kawasan ditenggelami air banjir, lapor akhbar Metro UK.

Beberapa rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kawasan-kawasan kejiranan sebahagiannya tenggelam di tengah-tengah hujan lebat.

Sekumpulan lelaki dilihat membentuk rantaian manusia untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir di kawasan kejiranan Al-Awali, tenggara Mekah.

image is not available
image is not available
image is not available

Dalam sebuah video lain, seorang lelaki dilihat bergegas membantu seorang pemandu penghantaran yang terjatuh dari motosikalnya akibat banjir.

Berbilang kereta dan sebuah bas pelancong pula terkandas di tengah jalan apabila air banjir naik dengan pantas.

Beberapa wilayah Kerajaan Teluk termasuk Mekah dan Madinah yang menarik berjuta-juta jemaah haji setiap tahun, dilanda hujan luar biasa.

Wilayah lain termasuk Riyadh, Al-Baha dan Tabuk sedang bersiap sedia menghadapi kesan cuaca buruk itu, lapor media tempatan.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) meramalkan hujan sederhana hingga lebat, ribut petir dan ribut debu sepanjang minggu ini.

Hujan yang jarang berlaku diramal berterusan hingga Rabu (esok), lapor Saudi Press Agency.