‘Koyak’ Ditegur Merokok Di Tempat Awam, Tindakan Bapa Bayi 7 Bulan Dari Kuching Ini Dipuji Netizen

8 Jan 2023 • 1:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Salah satu tindakan yang wajar dipuji

‘Koyak’ Ditegur Merokok Di Tempat Awam, Tindakan Bapa Bayi 7 Bulan Dari Kuching Ini Dipuji Netizen. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok sejak 1 Januari 2019 lalu dan sedihnya masih ramai lagi yang tidak mengendahkan peraturan ini.

image is not available
‘Koyak’ Ditegur Merokok Di Tempat Awam, Tindakan Bapa Bayi 7 Bulan Dari Kuching Ini Dipuji Netizen. Kredit: محمد عريف زاواوي

Seperti sedia maklum, merokok di tempat awam ini dapat menyebabkan asap dan bau yang tidak menyenangkan bagi orang lain yang berada di sekitarnya lebih-lebih ketika kita sedang menikmati hidangan di kedai makan.

Merokok di tempat awam adalah kesalahan besar

Tular di laman sosial Facebook hari ini apabila seorang individu telah membuat perkongsian mengenai tindakannya menegur tiga orang lelaki yang sengaja merokok di tempat awam tanpa memikirkan keselesaan orang lain yang berada di sekitar itu.

Kejadian dikatakan berlaku The Meeting Point, Waterfront Kuching.

image is not available

Difahamkan, ketiga-tiga individu tersebut merokok dan mengundang rasa kurang selesa bagi mereka sekeluarga yang duduk di meja bersebelahan dengan individu-individu tersebut.

Lebih menyedihkan lagi, keberadaan bayi beliau yang baru sahaja berusia 7 bulan menyebabkan beliau terpaksa menegur tindakan mereka itu.

Namun, setelah ditegur ketiga-tiga individu tersebut dikatakan ‘koyak’ dan meracau-racau sambil berlalu pergi dari tempat tersebut.

Ini pula reaksi netizen

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan beliau yang menegur ketiga-tiga individu tersebut. Hal ini kerana netizen beranggapan bahawa tindakan mereka itu diibaratkan tiada ‘common sense’ dan mementingkan diri sendiri.

Baca lagi artikel terkini di sini: