Rentetan Tular Isu “Baby Room”, Lelaki Kongsi Status Perihal ‘Tandas’ Pula Buat Netizen Terhibur

29 Dec 2022 • 9:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu kongsi status perihal tandas persis seperti status perihal “baby room” di muzium Kuching yang tular

Rentetan Tular Isu “Baby Room”, Lelaki Kongsi Status Perihal ‘Tandas’ Pula Buat Netizen Terhibur. Mungkin ada sesetengah orang awam lebih gemar meluahkan rasa amarahnya, ketidakpuasan hati atau sekadar berkongsi pengalaman di media sosial masing-masing. Terpulang kepada pembaca untuk menerima perkongsian tersebut dari sudut pandang yang positif mahupun negatif.

Namun, ada seseorang individu telah berkongsi status perihal tandas dimana status tersebut persis seperti status perihal “baby room” yang berlaku di Muzium Kuching yang tular beberapa hari lalu.

image is not available
Rentetan Tular Isu “Baby Room”, Lelaki Kongsi Status Perihal ‘Tandas’ Pula Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: FB Arkady Federov

Perkongsian hanya berkisarkan tentang dirinya ke tandas untuk membuang air besar dan merasa sedih terpaksa menggunakan air paip sahaja berjaya buat netizen terhibur

Perkongsian status oleh pemilik akaun Facebook Arkady Federov tersebut telah membuat netizen terhibur sehingga berjaya mendapat 1.5 ribu likes dan 1,549 shares. Manakan tidak, jalan cerita status tersebut benar-benar menghiburkan kerana pengalaman buang air besar sahaja.

Perkongsian yang dimulai dengan saat dirinya masuk ke tandas dan hanya berkisarkan tentang kesedihan dirinya membuang air besar dan terpaksa menggunakan air paip sahaja membersihkannya. Bahkan, diakhir perkongsian juga permintaan lelaki ini memang yang bukan-bukan je. Siap mintak disediakan beras, gula, collage, cadburry dan reload Digi.

image is not available
Rentetan Tular Isu “Baby Room”, Lelaki Kongsi Status Perihal ‘Tandas’ Pula Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: FB Arkady Federov

Kebanyakan netizen di ruangan komen memang terhibur dengan perkongsian yang dipercayai sekadar berjenaka ini kerana sudah lumrah alam maya. Apa yang viral pasti ada yang menyokong, ada yang membidas, ada yang menerima secara positif dan begitu juga menerima secara negatif.

Apa-apa pun, netizen memang laju buat kerja kan. Ada juga isu lain yang buat netizen terhibur seperti: