KP JUPEM akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok

LocalPolitics
21 Apr 2026 • 8:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berkaitan kes penyelewengan dana.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berkaitan kes penyelewengan dana.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.

Pada 17 April lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ketua pengarah dan seorang pegawai kanan JUPEM yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah pada Rabu atau Khamis ini.

Pada 11 Februari, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved