
PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membangunkan Sistem Repositori (SR) dalam tempoh lima tahun bagi memantau ketelusan harga di sepanjang rantaian bekalan negara.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata sistem itu akan berfungsi menyediakan maklumat yang lebih komprehensif berkaitan harga bermula dari peringkat asas hingga ke peringkat peruncitan.
Menurutnya SR juga akan memberi kelebihan kepada KPDN melaksanakan penguatkuasaan dan pencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Persaingan 2010.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Inisiatif itu juga akan memudahkan pihaknya memantau dan mengawal selia sebarang manipulasi harga barangan melalui kerjasama dengan beberapa agensi berkaitan.
“Sistem ini akan berfungsi mengumpul segala data harga barangan dengan lebih komprehensif dari peringkat pengeluar, pemborong hingga ke peringkat peruncitan bagi memudahkan pemantauan KPDN.
“Pada masa sama ia memudahkan sebarang penguatkuasaan, pencatutan dan kawalan harga barangan di bawah akta berkaitan oleh kementerian.
“Data yang dikumpul di bawah SR turut merangkumi kepentingan dalam aspek persaingan yang dikuatkuasakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia agar kita dapat melihat pergerakan harga bekalan di semua peringkat.
“Kita perlu pastikan persaingan sihat dalam amalan pasaran bebas negara yang ditentukan interaksi antara bekalan dan permintaan,” katanya selepas merasmikan Seminar Merancakkan Madani Bersama Pesara Guru pada Ahad.
Hadir sama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Datuk Roslan Hussin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin.
Mengulas lanjut Armizan berkata inisiatif SR merupakan antara penekanan dan tumpuan KPDN dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah teras Menaikkan Lantai dan Menangani Kos Sara Hidup.
Katanya agenda Kerajaan Madani terbabit melibatkan dua kerangka strategi utama yang bukan saja melibatkan kestabilan harga dan kadar insflasi tetapi soal keupayaan sara hidup rakyat.
Sehubungan itu katanya SR menjadi antara pendekatan yang akan dilaksanakan Kerajaan Madani dengan mewujudkan persaingan yang sihat dan membanteras manipulasi barangan keperluan harian.
“Usaha ini juga merangkumi penyelesaian kepada perbezaan harga barangan keperluan di antara Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung melalui kajian penstabilan harga barangan.
“Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi pihak untuk kajian di Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Sarawak yang ditubuhkan tahun lalu manakala laporan awal telah pun dikeluarkan.
“Di peringkat awal masalah harga lima barangan keperluan termasuk ayam akan dinilai untuk penyelesaian dan pembentangan akan dibuat oleh pihak UMS sebaik segalanya selesai,” katanya.



