KPDN, industri pantau rapi gangguan sementara bekalan bahan api

LocalBusiness & Finance
11 Apr 2026 • 6:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fuziah

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama pihak industri sedang memantau secara rapi situasi peningkatan permintaan bahan api yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan sementara di segelintir stesen minyak.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah pemulihan bekalan kini dilaksanakan dengan kadar segera.

Beliau turut menegaskan bahawa kedudukan bekalan bahan api negara masih stabil dan mencukupi.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak panik dan meneruskan pembelian seperti biasa.

"Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keadaan kekal terkawal. Insya-ALLAH, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai respons lanjut kepada kenyataan media Shell Malaysia Trading Sdn Bhd susulan kemungkinan terdapat peningkatan sementara yang mengakibatkan kekurangan bahan api di stesen minyak miliknya.

Shell Malaysia juga memohon maaf atas sebarang kesulitan dialami pelanggan dan berjanji akan berusaha memulihkan bekalan di stesen-stesen yang terjejas secepat mungkin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved