KPDN Johor Siasat Kes ‘Sellotape’ Nombor Plat Kereta Singapura Untuk Isi Minyak RON95

LocalCars
4 Jan 2026 • 10:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dipercayai mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Johor.

Lebih mengejutkan, pemilik kenderaan berkenaan telah menutup huruf pertama dan terakhir pada nombor plat Singapura itu menggunakan pita hitam supaya kelihatan seolah-olah kenderaan berdaftar di Malaysia.

Dipercayai, perbuatan tersebut dilakukan bagi mengelirukan pekerja stesen minyak serta mengelak dikesan pihak berkuasa ketika mengisi petrol subsidi RON95.

Terkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Menurut kenyataan dari KPDN Johor menerusi Facebook rasmi mereka, siasatan mereka mendapati kejadian itu berlaku pada waktu malam pada 2 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: Warga Singapura Berani Tutup Plat Kereta Guna Pita Hitam, Isi RON95 Depan Orang Ramai

Individu berkenaan telah membeli petrol RON95 menggunakan kaedah tanpa tunai di salah satu pam di stesen minyak itu tanpa melibatkan pengesahan identiti di kaunter pembayaran stesen minyak.

Daripada semakan transaksi, hanya sebahagian daripada jumlah pembelian telah berjaya diisi sebelum pengisian dihentikan sepenuhnya.

Untuk membantu siasatan, rakaman CCTV di stesen minyak itu ketika kejadian telah diperoleh dan disemak.

Sumber: Facebook KPDN Johor

Sumber: Facebook KPDN Johor

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.