KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng

7 Mar 2023 • 12:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available
Ihsan gambar: Kpdn KEDAH FB

image is not available

ALOR SETAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 12,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM25,800 dipercayai diseleweng, dalam Ops Tiris di sebuah stor di Bedong dekat Sungai Petani semalam.

Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth berkata serbuan di stor tanpa nombor di Ladang Kelapa Sawit pada 1.30 tengah hari itu mendapati stor berkenaan tidak berpenghuni dan menjumpai dua ‘skid tank’ berisi minyak diesel serta peralatan lain yang disyaki digunakan untuk penyelewengan.

“Pasukan penguat kuasa seterusnya bertindak menyita barang-barang tersebut untuk siasatan lanjut. Anggaran diesel yang disita adalah 12,000 liter dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM25,800.

“Barang-barang lain seperti dua ‘skid tank’ dan empat hos paip pula dianggarkan berjumlah RM10,200. Anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM36,000,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Affendi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 20 (1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan iaitu minyak diesel di tempat yang tidak mendapat kebenaran Pengawal. -Bernama