KPDN nafi perubahan harga diesel di Tawau

22 Jun 2024 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati tiada perubahan harga minyak diesel di daerah ini seperti didakwa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Tawau, Sam Aminuddin berkata demikian selepas menjalankan pemeriksaan ke atas lapan stesen minyak di daerah ini pada Khamis.

Pemeriksaan itu termasuk stesen minyak yang didakwa berlaku kenaikan harga diesel, sedangkan Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada harga baharu bahan bakar itu.

Menurutnya, “kenaikan” harga itu berlaku di Stesen Minyak KPF Niaga Sdn Bhd Umas-Umas, di mana harga diesel dipamerkan sebagai RM3.35 seliter.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Bagaimanapun, katanya, semakan dan penjelasan dari pihak stesen tersebut mendapati perubahan harga itu berlaku disebabkan kesilapan teknikal dalam sistem yang dijana oleh Petronas.

“Harga diesel itu kembali kepada asal sekitar jam 12 tengah hari dan pelanggan terlibat sudah berurusan dengan pihak stesen itu bagi tujuan ganti rugi.

“Pelanggan terlibat seramai lima orang sudahpun menerima wang tuntutan terlebih bayar yang dikembalikan secara tunai,” katanya ketika dihubungi.

Sam berkata, stesen tersebut menyatakan kesediaan mereka bekerjasama untuk memberi ganti rugi kepada mana-mana individu terlibat.

Pada 10 Jun, kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel kepada RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia, namun harga RM2.15 seliter kekal bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.