KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Sarawak dan Labuan

LocalBusiness & Finance
17 Aug 2024 • 2:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempelawa rangkaian pasar raya besar seperti Lotus’s Stores (M) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) untuk membuka cawangan mereka di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata dengan pembukaan lebih banyak pasar raya seumpama itu bagi membolehkan lebih banyak pilihan kepada pengguna selain mewujudkan persaingan yang sihat.

“Kalau kita lihat harga ayam yang dijual di Lotus’s Malaysia, kita dapati mereka secara konsisten dan dalam tempoh yang lama menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga pasaran yang tinggi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Sebab itu kita menjemput sekiranya mereka boleh menyediakan banyak pilihan produk pada harga berpatutan, mengapa tidak meneroka pasaran di ketiga-tiga negeri tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024 Peringkat Lotus’s Setia Alam di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Armizan berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor peruncitan, KPDN akan memudahkan proses untuk mana-mana pasar raya mengembangkan cawangan mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan, mahupun di lain-lain negeri.

Beliau berkata pihaknya boleh membantu memudah cara termasuk dalam rundingan dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta cawangan-cawangan KPDN di negeri terbabit.

“Sekiranya Lotus’s atau mana mana pasar raya lain boleh memberikan tawaran harga yang baik kepada pengguna, kita akan membantu sehabis baik untuk memudahkan proses mereka membuka cawangan kerana mereka sudah memiliki lesen,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.