KPDN Perak rampas 31,000 liter diesel bersubsidi

18 May 2023 • 7:39 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 31,000 liter diesel bersubsidi selepas menyerbu sebuah premis tidak bernombor di Sauk, Kuala Kangsar semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu pihaknya turut menyita sebuah lori tangki dan sebuah van yang diubah suai, serta peralatan digunakan untuk aktiviti penyelewengan diesel, dengan nilai keseluruhan rampasan sekitar RM101,400.

Beliau berkata selepas diperiksa, pihaknya menemukan diesel itu disimpan dalam dua unit skid tank, bagaimanapun pemilik premis berkenaan gagal dikesan.

“Kita percaya sindiket ini beroperasi dengan membeli minyak diesel di beberapa stesen minyak di sekitar Kuala Kangsar dengan harga subsidi, kemudiannya dikumpulkan di sini, sebelum dijual kepada pihak industri,“ katanya dalam kenyataan semalam. -Bernama