KPDN Perak serbu kedai jual minyak paket melebihi harga jualan

18 Jul 2024 • 1:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

IPOH: Tindakan seorang peniaga kedai runcit menjual minyak masak paket bersubsidi dengan harga RM3 sebungkus berbanding harga asal RM2.50 mengundang padah apabila kedainya diserbu pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.

Perbuatan peniaga di Taman Indah Jaya, Teluk Intan itu dikesan oleh penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Teluk Intan yang melakukan uji beli melalui Ops Samar, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan pada kira-kira 10.50 pagi itu hasil aduan orang ramai mengenai peniaga yang menjual barangan kawalan melebihi harga ditetapkan.

“Ketika serbuan dilakukan seorang daripada penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan berpakaian preman membeli minyak masak itu bertanyakan harga kepada anak pemilik premis dan menyatakan sepaket dijual dengan harga RM3.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Sepasukan penguat kuasa kemudian menyerbu premis dan mendapati harga dipamerkan RM2.50 namun harga yang dikenakan RM3,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata arahan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 dikeluarkan kepada pemilik premis serta sebanyak 55 kilogram minyak masak paket yang ditemukan disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM165.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM1 juta atau penjara tiga tahun bagi individu, manakala bagi pertubuhan atau perbadanan, denda maksimum ialah RM2 juta.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.