KPDN Selangor rampas produk penjagaan tiruan bernilai RM500,000

19 May 2023 • 9:52 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mematahkan kegiatan satu sindiket menjual produk penjagaan diri popular tiruan bernilai RM500,000 dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Botanik, Klang, Isnin lepas.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN negeri, Mohd Khairi Jamaludin berkata dalam operasi tersebut pihaknya menemukan sebanyak 37,930 unit barangan penjagaan diri seperti minyak wangi, semburan badan dan losyen badan.

Beliau berkata serbuan yang melibatkan lapan anggota KPDN Selangor itu berdasarkan aduan daripada pemilik cap dagangan berdaftar.

“Pengesahan awal ke atas barangan yang disyaki menggunakan cap dagangan palsu (tanpa kebenaran sah) telah dibuat oleh wakil pemilik cap dagang yang hadir bersama-sama semasa serbuan tersebut dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, berdasarkan maklumat yang ditemukan semasa pemeriksaan di sekitar premis turut dipercayai wujud aktiviti jualan secara dalam talian.

Mohd Khairi berkata siasatan adalah di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah, cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga 3 tahun jika gagal membayar denda.

Menurutnya lagi, bagi pertubuhan atau syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah, cap dagangan berdaftar.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved