Selangor salur makanan berkhasiat atasi masalah bantut

4 May 2023 • 11:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amirudin

SHAH ALAM - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi bantuan makanan berkhasiat di bawah inisiatif Anak Selangor Anak Sihat (ASAS).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 2,800 kanak-kanak akan menerima manfaat tersebut tahun ini.

Menurutnya, program tersebut telah dimulakan tahun lepas meliputi penyaluran susu tepung penuh krim, biskut, bijirin dan multivitamin bagi penyerapan kalsium serta menguatkan tulang.

"Khasiat ini penting kerana mampu membantu mengatasi masalah bantut dan kekurangan berat badan kelompok sasaran.

"Tahun ini, penerima manfaat termasuk ibu bapa dan penjaga akan diberi pendedahan kepada penyediaan makanan berkhasiat oleh pakar pemakanan, " katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 56 pusat ASAS juga akan ditubuhkan di setiap DUN sebagai pusat pemantauan program berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved