KPDN : Semua Penyenaraian Maklumat Barangan Untuk Jualan Atas-Talian Perlu Dalam Bahasa Malaysia

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, ramai penjual di laman edagang masih melakukan penyenaraian dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, dan ada yang tidak menyertakan penyenaraian bahasa Malaysia dalam penyenaraian mereka. Namun, perkara berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Mengikut perundangan yang diluluskan pada 25 Disember 2024 lepas, ia ditetapkan yang mana maklumat yang dizahirkan oleh pembekal dan penjual atas talian di gedung jual-beli mestilah dalam bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Malaysia. Ini sekaligus akan memerlukan semua tajuk dan maklumat sesuatu produk atau perkhidmatan ditulis dalam bahasa Malaysia.

Selain maklumat dalam bahasa kebangsaan, penjual atau pembekal boleh melakukan terjemahan tambahan dalam bahasa lain untuk penzahiran maklumat.

image is not available

Pada masa yang sama, mengikut peraturan sama, pembekal atau penjual perlu menanggung kos penghantaran semula kepada pembeli sekiranya barang yang diterima oleh pembeli berbeza secara matan atau mengandungi kecacatan.

Beberapa platform jual-beli telah mula menghantar makluman berkaitan perkara ini kepada para penjual mereka, dan bersedia dengan perubahan baharu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved