KPDN tumpas sindiket seleweng petrol bersubsidi

LocalPolitics
12 Jan 2025 • 3:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sebuah sindiket yang didakwa menyeleweng petrol bersubsidi dan merampas 3,000 liter petrol.

Ketua Penguatkuasa KPDN Semporna, Dr Jong Jee Leong berkata, rampasan itu dibuat susulan serbuan di bawah Op Tiris di sebuah stesen minyak, di sini, pada Khamis.

AdvertisementKatanya, serbuan dilakukan lima anggota KPDN kira-kira jam 9 malam selepas menerima maklumat.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan lori dan mengisi petrol di beberapa stesen minyak, sebelum petrol itu dikutip dan diedarkan di pasaran gelap.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Hasil pemeriksaan ke atas lori menemukan 120 jeriken berisi cecair dipercayai petrol berjumlah 3,000 liter.

“Sebuah lori disyaki membawa petrol disita untuk siasatan lanjut. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM53,369,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut Jee Leong, siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini, serta rangkaian pengedaran petrol termasuk punca petrol.

Katanya, KPDN giat menjalankan pemantauan berterusan termasuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain bagi memastikan sindiket ini lumpuh sepenuhnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, KPDN turut memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat supaya sentiasa mematuhi peraturan kerana mereka yang melakukan kesalahan itu akan didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Di bawah akta itu, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, dan tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

Manakala syarikat boleh didenda tidak lebih RM2 juta, dan tidak lebih RM5 juta bagi kesalahan berikutnya, jika sabit kesalahan.

Jee Leong berkata, syarikat terbabit juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang boleh membuat aduan kepada kementerian melalui WhatsApp di talian 019-848 8000, atau e-aduan.kpdn.gov.my atau pusat panggilan di talian 1-800-866-800 selain aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN,” tambahnya.