
Kota Kinabalu: Lagi kegiatan penyelewengan barang kawalan iaitu minyak masak, gula pasir dan tepung gandum berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
KPDNHEP Cawangan Kudat, dibantu sepasukan anggota daripada Batallion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kudat menumpaskan kegiatan itu dalam satu operasi di sebuah stor di Kampung Barambangon, Kudat.
