KPKM jamin bekalan makanan asas cukup sepanjang Syawal

16 Apr 2024 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KPKM memberikan jaminan bahawa bekalan makanan asas adalah mencukupi susulan penganjuran rumah terbuka yang menjadi tradisi sepanjang Syawal ini. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberikan jaminan bahawa bekalan makanan asas adalah mencukupi susulan penganjuran rumah terbuka yang menjadi tradisi sepanjang Syawal ini.

KPKM menerusi kenyataan memaklumkan keyakinan itu selari dengan keupayaan pengeluaran domestik komoditi makanan utama negara oleh para petani, pesawah, peladang, penternak dan nelayan sepanjang Ramadan.

Bagi bekalan komoditi makanan yang terhad pengeluaran domestiknya pula, ia ditampung melalui pengimportan bekalan untuk keperluan pengguna di pasaran.

"Rumah terbuka sepanjang Syawal merupakan kelaziman bagi rakyat Malaysia dan tradisi ini bukan sahaja dianjurkan oleh individu serta keluarga, malah turut dianjurkan oleh sektor awam, korporat, perniagaan, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Oleh itu, jumlah penggunaan bekalan makanan asas dalam kuantiti yang besar diperlukan sepanjang tempoh tersebut," katanya pada Selasa.

Ujar KPKM, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap keterjaminan bekalan makanan negara, pihaknya akan terus memberikan perhatian terhadap lapan komoditi makanan utama yang ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) iaitu beras, ayam, telur, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut dan susu segar.

"Ini bagi memastikan ia mencukupi untuk keperluan pengguna," jelas KPKM.

Menurutnya, kebolehcapaian komoditi makanan utama itu juga akan disokong oleh outlet pemasaran di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), selain pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

"Dalam masa yang sama, KPKM menggalakkan amalan penggunaan bekalan makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan sebarang bentuk pembaziran, khususnya dalam tempoh penganjuran rumah terbuka," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved