KPKT lancar dua inisiatif, permohonan Rumah Mesra Rakyat kini lebih pantas

19 Apr 2025 • 8:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) lancar dua inisiatif utama untuk mempercepatkan proses permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) serta memajukan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia.

Dua inisiatif tersebut adalah sistem digital e-RMR dan pembangunan unit komersial M-Niaga PR1MA, bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan B40 dan menyokong komuniti perniagaan tempatan.

image is not available

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan lancar dua inisiatif

Menurut kenyataan, sistem e-RMR adalah pembaharuan daripada sistem manual yang lama kepada platform digital automatik tanpa kertas. Pendigitalan ini dijangka mempercepatkan proses permohonan dan memastikan kelulusan yang lebih pantas serta efisien.

“Sistem e-RMR merupakan sebuah platform permohonan RMR yang memudah dan mempercepat proses kerja. Oleh itu, pelaksanaan kerja diselesaikan dengan lebih pantas, tepat dan efisien selaras dengan misi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk menyediakan kediaman berkualiti kepada golongan B40,”menurut kenyataan.

Pelancaran sistem ini berlangsung serentak dengan pelancaran M-Niaga PR1MA sempena Majlis Madani Muhibah, yang juga merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam.

image is not available

Majlis yang dihadiri lebih 5,000 tetamu ini turut menyaksikan penyampaian bantuan kepada penerima-penerima program Inisiatif Perumahan KPKT seperti Rumah Mesra Rakyat (RMR), Program Baik Pulih Rumah di Bandar (PBPR), dan Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR).

image is not available

Selain itu, KPKT juga melancarkan unit komersial M-Niaga PR1MA untuk menyokong perniagaan kecil dan sederhana.

Sebanyak 256 unit komersial dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM160.15 juta akan dibangunkan di lokasi strategik seluruh negara.

image is not available

Inisiatif ini bertujuan menyediakan ruang perniagaan yang fleksibel dan mampu milik untuk para usahawan tempatan.

“Unit komersial ini akan menyokong perniagaan kecil dan sederhana, memberi peluang kepada mereka untuk berkembang dalam persekitaran yang kondusif,”menurut kenyataan itu lagi.

image is not available

image is not available

Difahamkan unit-unit berkeluasan antara 689 hingga 5,803 kaki persegi ini bermula dengan harga RM289,800, dan akan dibangunkan di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Melaka, Kedah, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.