KPM ambil 9,500 guru baharu bulan depan

14 Oct 2023 • 2:50 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membuat pengambilan 9,500 orang guru baharu pada November ini bagi mengatasi isu kekurangan guru ketika ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penempatan akan dibuat dengan kadar segera selepas proses temu duga sudah pun selesai sebelum ini.

Katanya, isu kekurangan guru adalah bersifat sementara dan pihak kementerian mengambil langkah segera bagi menangani perkara berkenaan.

“Isu kekurangan guru ini akan berlaku apabila ada persaraan atau ada guru-guru yang berhenti kerja. Proses untuk mendapatkan guru ini kita laksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“KPM juga akan memastikan proses pengambilan guru berjalan secara berterusan bagi memastikan isu kekurangan guru kekal bersifat sementara,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved