Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih mula operasi di Sabah bulan depan

14 Oct 2023 • 12:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluas operasi Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Kota Kinabalu, Sabah, bulan depan bagi menyediakan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan dan tanpa dokumen di situ.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pembukaan sekolah berkenaan merupakan satu daripada komitmen KPM untuk meningkatkan akses pendidikan kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang.

“Perjuangan dan advokasi untuk meningkatkan akses pendidikan dilakukan oleh KPM secara berterusan dan komuniti memainkan peranan penting untuk menjayakan usaha ini,” katanya ketika berucap pada Pesta Hari Kanak-Kanak Perempuan Sedunia 2023 di sini pada Jumaat.

SBJK yang pertama beroperasi di Chow Kit, di sini pada 2013, dengan menerima murid daripada peringkat prasekolah hingga menengah melibatkan kanak-kanak menghadapi masalah sosial, kanak-kanak tanpa dokumen, murid tercicir dan kanak-kanak yatim piatu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Sementara itu, Fadhlina berkata KPM juga bercadang untuk meluaskan akses sekolah dalam hospital (SDH) yang diwujudkan bagi kanak-kanak menerima rawatan kepada murid yang menemani ibu bapa di hospital bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 17 SDH di seluruh negara.

Berkaitan masalah remaja yang bekerja seawal usia 15 tahun dan isu perkahwinan kanak-kanak, Fadhlina berkata dasar pendidikan wajib sekolah menengah yang dirangka KPM kini di peringkat akhir.

Baru-baru ini Dewan Rakyat diberitahu bahawa faktor sudah bekerja dan berkahwin dikenal pasti antara punca murid berhenti daripada bersekolah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.