KPM ambil serius aduan surat layang guru, pengetua diminta lebih sensitif

LocalPolitics
4 Sep 2025 • 4:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil serius isu guru terbeban dengan tugas akibat arahan pengetua, termasuk aduan yang diterima melalui surat layang.

Aduan surat layang daripada guru-guru berkaitan tugas membebankan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, perkara tersebut pastinya menimbulkan perhatian kerana melibatkan kebajikan warga pendidik selain peranan pengetua dalam memastikan keseimbangan beban kerja di sekolah.

image is not available

Aduan surat layang guru juga diberi perhatian

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, meskipun aduan itu bukan laporan rasmi, ia tetap diberi perhatian serius oleh pihak kementerian.

“Ada segelintir guru yang membuat surat layang dan sebagainya, mendakwa terbeban dengan tugas di sekolah disebabkan pengetua.

“Walaupun ia hanya aduan menerusi surat layang dan bukannya laporan rasmi, namun kita sentiasa mengambil serius isu berkenaan,” katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.

image is not available

Dr Mohd Azam turut mengingatkan semua pengetua supaya lebih sensitif dengan keadaan guru di sekolah masing-masing serta menilai perkara itu dari sudut positif.

image is not available

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Kali Ke-63 di Grand River View.

Dalam masa sama, beliau menegaskan isu berbangkit antara guru dan pengetua wajar diselesaikan melalui komunikasi terbuka serta perbincangan yang harmoni bagi mengelakkan salah faham berpanjangan.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)