
Satu insiden yang mengejutkan berlaku di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson apabila Jalur Gemilang didapati dipasang secara terbalik pada premis sekolah tersebut, Jumaat lalu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagaimanapun tidak mengambil mudah perkara ini dan telah mengesahkan akan bertindak tegas sebaik sahaja siasatan penuh diperolehi.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sudah berulang kali mengingatkan semua sekolah berhubung isu pemasangan bendera dan berharap perkara ini tidak berulang, lebih-lebih lagi ketika kita sedang menghampiri sambutan Hari Kebangsaan.
Fadhlina tegaskan kesilapan ini sangat tidak wajar…
Dalam satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester Satu Tahun 2025, Fadhlina menjelaskan komitmen KPM terhadap sensitiviti Jalur Gemilang tetap menjadi keutamaan.
Kita sedang menunggu siasatan penuh dan saya tegaskan di sini sebaik kita mendapatkan laporan berkenaan, tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan.
Berkait pemasangan bendera ini, kita sudah mengingatkan isu ini secara berulang kali dan masalah sama tidak sepatutnya berlaku. Kita akan mengambil tindakan tegas dalam soal kesalahan mempamer Jalur Gemilang ini.- Katanya lagi.
Pihak sekolah sudah tampil mohon maaf…

Sebelum ini, pihak sekolah yang terlibat telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umum susulan kesilapan yang berlaku dalam pemasangan Jalur Gemilang tersebut.
Namun begitu, ramai yang berpendapat perkara seperti ini tidak wajar berlaku apatah lagi di institusi pendidikan yang seharusnya mendidik pelajar tentang semangat patriotik dan hormat kepada simbol negara.
Pssttt! Ohmedia harap kejadian macam ni jadi pengajaran buat semua pihak, lebih-lebih lagi bila melibatkan bendera kebanggaan negara. Tak kiralah sekolah, pejabat atau rumah sekalipun, pastikan kita peka dan bertanggungjawab dalam mempamerkan Jalur Gemilang. Jangan sampai niat nak sambut Hari Kebangsaan bertukar jadi isu yang memalukan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

