KPM Galakkan Laungan ‘Anti Buli’ Di Sekolah Sebagai Usaha Hapuskan Gejala Buli

LocalFamily & Parenting
12 Aug 2025 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes buli bukanlah suatu kes yang boleh dipandang remeh. Jika kegiatan buli tidak diambil serius oleh pelbagai pihak, ia boleh berisiko melibatkan kematian yang tidak diingini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan laungan ‘Anti Buli’ sebagai usaha menghapuskan gejala buli di sekolah.

Inisiatif ini juga dibuat bagi mewujudkan suasana yang lebih selamat untuk pelajar sekolah. Pendekatan ini juga akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

“Macam tadi saya sebut dalam mesyuarat, semua pengetua dan guru besar perlu pastikan sebelum masuk ke kelas, perkara pertama ialah melaungkan ‘Kami Benci Buli’.

“Selepas tamat sesi pembelajaran, sebelum pulang, murid juga perlu mengulanginya. Inilah peranan yang akan kita laksanakan untuk membina semula mental pelajar,” katanya.

image is not available

Pihaknya juga telah menubuhkan Jawatakankuasa Jemaah Nazir bagi melaksanakan audit keselamatan di setiap sekolah secara lebih terperinci.

Audit yang dilaksanakan itu adalah salah satu cara bagi mengelakkan sebarang kes buli dan gangsterisme di sekolah berasrama atau harian.

Ciri-ciri keselamatan seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) akan ditambah baik bagi memantau kejadian buli jika berlaku. Selain itu, bilangan warden di asrama juga akan ditambah.

Moga-moga kes buli tidak lagi berulang di mana-mana sekolah.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.