Menteri Pendidikan Kesal Tindakan Guru Rakam Video Marah Murid, Kini Giat Jalankan Siasatan

LocalPolitics
26 May 2025 • 4:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Video tular yang memperlihatkan seorang murid dimarahi oleh guru baru-baru ini nampaknya sudah sampai ke pengetahuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terpanggil dengan isu tersebut, menterinya, Fadhlina Sidek tampil memberi respon dengan memberi peringatan tegas kepada semua guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.

Oleh itu, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada isu ini agar dapat mengingatkan tentang integriti dan etika guru dari masa ke semasa.

image is not available

“Kita sudah ingatkan perkara itu berkali-kali, sudah ada garis panduannya. Mereka sebagai penjawat awam mesti mematuhi etika dan integriti sedia ada, sebab itu saya kata perkara ini mesti sentiasa diperingatkan dari semasa ke semasa.

“Apa pun isunya, saya yakin dan percaya bahawa ada ruang yang lebih selamat… ruang yang lebih bersifat privasi untuk memastikan apa sahaja perbincangan dan isu dapat kita selesaikan secara baik.”

Kata Fadlina lagi, beliau sudah amanahkan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan untuk melihat perkara berkenaan. Dalam pada itu, beliau memberikan peringatan tegas kepada guru-guru tentang integriti serta etika mereka sama ada di dalam mahupun di luar kelas serta di media sosial.

Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang murid menangis teresak-esak semasa memberi penjelasan kepada guru yang sedang memarahinya di kantin sekolah dan kejadian itu dipercayai berlaku pada April lepas.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article