KPM nafi arah sekolah anjur tayangan 'Anwar: The Untold Story'

29 May 2023 • 3:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular surat palsu berhubung arahan kepada pihak sekolah untuk menganjurkan tayangan filem 'Anwar:The Untold Story'.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada pihak sekolah untuk menganjurkan tayangan filem ' Anwar: The Untold Story'

KPM menerusi Facebooknya rasminya pada Isnin mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan.

Difahamkan Surat bertarikh 22 Mei 2023 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali itu juga disahkan sebagai palsu dan tidak benar.

“Semak kesahihan maklumat, tidak pasti jangan kongsi,” ujar kenyataan itu.