KPM perkenal Program Pembentukan Karakter 2027 perkukuh sahsiah, nilai murni murid

LocalFamily & Parenting
17 Oct 2025 • 1:40 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Program Pembentukan Karakter yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah satu daripada inisiatif utama di bawah kurikulum persekolahan 2027 bagi melahirkan murid yang bersahsiah unggul, beradab dan bertanggungjawab.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu adalah anjakan strategik dalam sistem pendidikan negara bagi memperkukuh pembangunan sahsiah dan nilai murni secara menyeluruh serta berstruktur dalam kalangan murid.

"Pada peringkat prasekolah, ia akan dilaksanakan secara bersepadu menerusi aktiviti harian pembelajaran," kata kenyataan itu.

Pada peringkat sekolah rendah dan menengah pula, masa khusus selama 60 minit seminggu akan diperuntukkan dalam jadual waktu bagi membolehkan aktiviti pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus.

Program itu menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada aktiviti yang menumpukan penghayatan nilai, tingkah laku positif, serta penerapan adab dan akhlak dalam konteks kehidupan seharian murid.

Menurut KPM, inisiatif itu cerminan komitmen KPM untuk melahirkan generasi yang holistik dalam aspek akademik, sahsiah dan jati diri. - 17 Oktober, 2025

The post KPM perkenal Program Pembentukan Karakter 2027 perkukuh sahsiah, nilai murni murid appeared first on Scoop.