KPM perkenal subjek Pendidikan Karakter, tekad lahirkan generasi lebih beradab dan berakhlak

LocalPolitics
16 Oct 2025 • 7:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memperkenalkan mata pelajaran baharu iaitu Pendidikan Karakter bermula tahun depan, sebagai tunjang utama kepada Kurikulum Persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengenalan subjek tersebut menjadi antara langkah penting dalam persiapan pelaksanaan kurikulum baharu yang menekankan aspek nilai, akhlak dan pembentukan sahsiah pelajar.

“Antara perkara yang sedang kita lakukan ketika ini termasuk membuat persiapan berkaitan kurikulum 2027 yang mana dalam kurikulum ini terdapat satu mata pelajaran yang sangat penting yang menjadi teras kepada semua iaitu Pendidikan Karakter.
“Jadi, Pendidikan Karakter ini akan menjadi tunjang kepada kurikulum baru yang akan bermula 2026 tahun hadapan manakala yang terkait rapat dengan nilai akhlak peribadi semua sudah pun berada dalam kurikulum kita begitu panjang.
“Untuk pengkhususan kurikulum baru ini atas saranan itu maka kita telah pun meletakkan bahawa antara perkara yang paling penting adalah terkait rapat dengan Pendidikan Karakter ini.
“Bermula tahun hadapan, prasekolah akan memulakan terlebih dahulu pendekatan berkaitan kurikulum baru ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

image is not available

KPM perkenal subjek Pendidikan Karakter

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Salamiah Mohd Nor (PN–Temerloh) mengenai cadangan membangunkan kurikulum yang menekankan pembinaan sahsiah, jati diri dan nilai murni.

Menurut Fadhlina, pendekatan baharu itu akan diberi perhatian penuh bagi memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga memiliki jati diri kukuh dan akhlak terpuji.

image is not available

Sebelum ini, KPM memaklumkan tumpuan akan diberikan terhadap reformasi serta-merta dalam sistem pendidikan, termasuk memperkasa aspek keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah.

image is not available

Katanya, pelaksanaan reformasi itu turut berpaksikan lima teras utama iaitu kesihatan mental, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, pencegahan bahan terlarang, dasar perlindungan kanak-kanak serta sokongan guru dan suara murid.

Sumber: Astro Awani