KPM siasat dakwaan warga Pakistan rasmi program sukan sekolah

27 Jun 2025 • 12:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular video lelaki dipercayai warga asing merasmikan program sukan sebuah sekolah rendah di daerah Kerian. Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Fadhlina)

IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyiasat berhubung video tular seorang lelaki warga asing merasmikan program sukan di sebuah sekolah rendah di daerah Kerian.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, isu tersebut dalam pengetahuannya dan siasatan lanjut akan dijalankan.

"Kita dalam siasatan (kes tersebut)," katanya ringkas ketika ditemui pada sambutan Majlis Sambutan Maal Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1447H di sini pada Khamis.

Terdahulu tular video media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Pakistan merasmikan program rasmi sekolah di Semanggol dekat Bagan Serai.

Video berdurasi tiga minit itu mendakwa lelaki tersebut bukanlah penaja mahupun ibu bapa bagi program tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved