KPM Teruskan BAP, Mula Disalurkan Januari 2026

LocalFamily & Parenting
23 Dec 2025 • 11:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KPM Teruskan BAP, Mula Disalurkan Januari 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penerusan pemberian bantuan kewangan kepada murid sekolah bagi tahun 2026 yang bakal disalurkan bermula 11 Januari 2026.

Menerusi pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook, KPM memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 bagi setiap murid.

Bantuan tersebut diberi secara one-off kepada murid sekolah, termasuk pelajar Tingkatan 6.

Pemberian yang melibatkan seramai 5.2 juta murid itu bertujuan membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan.

“Bagi tahun 2026, penyaluran bantuan akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.

“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa,” jelas KPM.

Dalam kenyataan yang sama, KPM memaklumkan bahawa pemberian BAP tidak mengira had pendapatan ibu bapa atau penjaga.

Tambah KPM, komitmen berterusan tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara. Usaha tersebut turut dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan pendidikan berkualiti.

https://www.instagram.com/p/DSkDPIhiMEg/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==