KPM Wajibkan Pelajar Laungkan ‘Kami Anti-Buli’ Setiap Hari

LocalFamily & Parenting
15 Aug 2025 • 12:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kes buli kpm

Kisah tragis melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Allahyarham Zara Qairina masih belum terjawab. Cerita sedih ni bukan saja buat hati rakyat luluh, tapi juga cetuskan kemarahan ramai sampai isu buli jadi topik utama seluruh Malaysia.

Tak tunggu lama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nampaknya cuba melakukan sesuatu dan langkah ini dilihat akan terus dilakukan di sekolah.

Setiap pagi dan petang, kena laung slogan kata KPM…

image is not available

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad memaklumkan bahawa semua pelajar di seluruh negara akan diwajibkan melaungkan slogan “Kami Anti-Buli” setiap hari, sebelum kelas bermula dan selepas waktu sekolah habis.

Semua murid akan diwajibkan melaungkan ‘Kami Anti Buli’ sebelum dan selepas sesi persekolahan usaha membanteras gejala buli.- Katanya.

Katanya, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha membanteras gejala buli di sekolah. Harapannya, bila laungan ini jadi rutin, pelajar akan lebih sedar kesan buruk buli dan sama-sama menolak budaya ni.

image is not available

Walaupun ada yang mungkin rasa ia sekadar formaliti, KPM percaya laungan ini boleh jadi simbol semangat dan komitmen pelajar untuk saling melindungi antara satu sama lain.

Dengan isu buli yang makin mendapat perhatian, langkah macam ni sekurang-kurangnya boleh mengingatkan pelajar setiap hari bahawa buli bukan budaya kita.

Pssttt! Korang, jangan ingat benda kecil macam ejek-ejek atau gurau kasar tu takde kesan. Kadang-kadang benda macam tu boleh makan hati orang sampai bertahun-tahun. Kalau kita betul-betul nak sekolah bebas buli, semua kena main peranan, jangan jadi penonton bila nampak kawan kena.

Kredit: Mingguan Wanita
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.