KPT diminta pertimbang tiket percuma untuk pelajar B40 – Zahid

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 9:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: KPT diminta pertimbang tiket percuma untuk pelajar B40 – Zahid

Timbalan PM Ahmad Zahid minta KPT selaras dengan universiti sediakan tiket penerbangan percuma pelajar B40 yang menuntut jauh dari negeri asal.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyelaraskan dengan universiti bagi mempertimbang penyediaan tiket penerbangan percuma kepada pelajar daripada keluarga B40 yang menuntut di luar wilayah asal mereka.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk pertimbangan.

“…dan saya telah mengarahkan semua Menteri Besar (daripada parti UMNO) seperti Johor, Negeri Sembilan, Ketua Menteri Melaka, Pahang dan Perak untuk mengeluarkan tiket percuma kepada pelajar B40 dari negeri berkenaan yang belajar di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Semalam, perwakilan UMNO Sabah Azuwan Marjan@Norjan membangkitkan isu harga tiket penerbangan yang tinggi sehingga membebankan pelajar B40 dari Sabah dan Sarawak.

PAU 2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama empat hari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved