KPT gerakkan alumni jadi mentor mahasiswa

10 Oct 2026 • 2:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KPT gerakkan alumni jadi mentor mahasiswa

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menggerakkan semula jaringan alumni universiti awam bagi membantu membimbing mahasiswa menerusi program mentor, selain memperkukuh hubungan antara universiti dengan industri.

Menteri KPT, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu penting mengambil kira lebih 3.5 juta alumni telah dilahirkan oleh 20 universiti awam (UA) di seluruh negara.

Malah, katanya, jumlah berkenaan dijangka jauh lebih besar jika digabungkan dengan institusi pendidikan tinggi swasta.

Menurutnya, alumni bukan sahaja boleh berperanan sebagai mentor kepada mahasiswa dalam usaha mengembangkan bakat dan potensi mereka, malah turut membantu menyumbang kepada perkembangan universiti masing-masing.

“Antara program tujahan atau tumpuan KPT ialah untuk menggerakkan kembali alumni universiti supaya mereka menjadi mentor kepada pelajar dalam usaha mengembangkan bakat mahasiswa.

“Mereka juga dapat membantu perkembangan universiti masing-masing, iaitu tempat mereka pernah belajar suatu ketika dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Alumni Back to Campus Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Zambry berkata, jaringan alumni juga penting dalam memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dengan sektor industri, khususnya menerusi penglibatan alumni yang kini memegang pelbagai jawatan profesional dan menerajui syarikat serta industri.

Katanya, ramai alumni universiti awam kini terdiri daripada tokoh dalam pelbagai bidang termasuk golongan profesional dan peneraju industri di peringkat antarabangsa.

“Sebahagian daripada mereka sekarang sudah menjadi kapten industri, mereka yang berjaya dalam pelbagai bidang dan profesional.

“Jadi, penggemblengan alumni bersama universiti ini sangat penting supaya kita dapat terus menggerakkan universiti ke hadapan selaras dengan perkembangan terbaharu dalam dunia pendidikan tinggi,” katanya. – UTUSAN

The post KPT gerakkan alumni jadi mentor mahasiswa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved